Tuesday, November 11, 2014

The Backbone

Keluarga merupakan tulang belakang bagi setiap individu dalam dunia ini. Jika seseorang itu 
hendak berjaya, maka sokongan keluarga amatlah perlu dalam merealisasikan impian tersebut. Lebih-lebih lagi jika kita mendapat restu daripada ibu terutamanya dalam melakukan apa jua perkara. Seorang ibu pasti menginginkan yang terbaik untuk anaknya. Mana mungkin seorang ibu ingin merosakkan masa depan darah dagingnya sendiri bukan ? Jika dilihat, kebanyakan individu yang berjaya di muka bumi ini pasti insan yang mendapat sokomgan penuh dari keluarganya. Salah seorang daripadanya ialah Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew. Beliau merupakan seorang yang buta huruf dan tidak boleh membaca. Walaupun beliau tidak boleh menulis mahupun membaca, namun daya ingatan Tan Sri adalah sangat baik dan beliau sering bergantung kepada ingatannya dalam membuat sebarang pertimbangan dan keputusan. Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang sentiasa berpandangan jauh kehadapan dan berkebolehan menjangka dan bersiap sedia. Ini adalah kunci kepada kejayaannya pada hari ini.



Datuk Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah.

.Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan untuk dijadikan baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai pendapatan tambahan keluarganya. Ketika umurnya 12 tahun, ayah beliau telah membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan lain.Beliau disuruh bekerja di sebuah kedai mekanik.

Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-ria tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.

.
Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.

.
Setiap keuntungan disimpan sedikit demi sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau telah memiliki 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.


Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.


Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.










Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Sehingga hari ini, nama Tan Sri masih lagi setanding dengan ahli korporat yang ternama yang lain walaupun telah meninggal dunia pada tahun 1995.

Sehingga kini legasi Tan Sri masih kuat di Malaysia selagi motorsikal jenama Honda masih berada di atas jalan raya Malaysia. 

Untuk menjadi seseorang yang berjaya bukanlah jalan yang mudah untuk dicapai. Seseorang itu haruslah bijak dalam mengatur langkah untuk ke tahap yang lebih tinggi.Seperti Tan Sri Loh Boon Siew, idea beliau yang datang secara tiba-tiba semasa berada di Osaka, Jepun itulah yang telah menjadikan beliau seorang usahawan yang berjaya. Dengan konsep “Not to reinvent the wheel” inilah yang telah memudahkan usaha beliau untuk menjadi usahawan yang berjaya. Dengan hanya membawa masuk motorsikal Honda ke Malaysia sebanyak 15 unit sahaja pada peringkat permulaan, ia terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Pada sejarah kehidupannya, ayah beliau yang membawa beliau ke Penang dan meminta beliau untuk bekerja di sebuah kedai mekanik. Disini jelas bahawa ayah beliau sangat memberi galakan dan sokongan dari belakang terhadap apa yang beliau lakukan.Negara China dan Malaysia mempunyai jarak yang agak jauh. Sudah pasti keluarga beliau disana juga memberi sokongan padu terhadap dalam mencapai cita-citanya disamping membantu meningkatkan pendapatan keluarga.






#throwback

Belakangan ini, dapat kita perhatikan bahawa anak muda ataupun generasi pada masa kini telah mula menunjukkan minat mereka terhadap fesyen. Namun, tidak semua anak muda yang menunjukkan minat yang tinggi terhadap bidang ini. Ada di antara generasi ini memang minatnya lahir dari dalam diri sendiri. Ada juga yang pada asalnya hanya meniru atau mengikut rakan-rakan mereka dalam berfesyen. Trend yang semakin popular dalam kalangan remaja masa kini ialah K-pop. Ramai anak muda pada mulanya hanya meminati lagu-lagu dan drama-dramanya sahaja. Kemudian, fesyen artis-artis tersebut juga menjadi ikutan dan ada juga yang meletakkan artis-artis tersebut sebagai ikon fesyen. Fesyen adalah salah satu cara bagi suatu kelompok untuk mengidentifikasi dan membentuk dirinya sendiri sebagai suatu kelompok. Terdapat pelbagai cara untuk berfesyen dan ianya melambangkan identiti dan peribadi seseorang individu tersebut. Jika dilihat kepada era peredaran fesyen di dunia, jelas kelihatan bahawa ada fesyen yang dapat bertahan dalam tempoh yang lama kerana fesyen itu mendapat tempat dihati pengikutnya.

Salah satu daripadanya ialah Hippie yang bermula di United States pada tahun 1960-an. 
Perkataan Hippie ini datang daripada perkataan ‘Hip’. Penampilan remaja Hippie ini biasanya berambut panjang, pakaian yang bercorak tekap berwarna-warni. Moto bagi pengikut Hippie ialah cinta dan keamanan. Moto ini wujud ekoran daripada kerajaan United States yang ingin menghantar belia-belia negara itu ke Vietnam untuk berperang dan belia-belia ini menentang sekeras-kerasnya lalu wujudlah fesyen ini. Sesiapa yang menggayakan fesyen ini dianggap menyokong bantahan tersebut.
Wanita berpakaian hippie

Lelakinya pula berpakaian hippie



            Kedua, wujud pula fesyen Retro yang popular dengan seluar kembang dibawah. Bagi perempuan pula, pada kebiasaannya gadis-gadis ini memilih untuk berambut panjang dan mengenakan jaket yang berkilat serta berkaca mata hitam. 




Seterusnya fesyen Grunge yang berasal daripada genre muzik rock bercirikan elemen muzik rock kotor dan permainan gendang yang kuat. Fesyen ini wujud sekitar tahun 1980-an juga di United States. Penampilan pengikut fesyen ini sangat selekeh dan ringkas. 




Kemudian zaman fesyen Punk pula mula menular dalam kalangan masyarakat di dunia termasuklah Malaysia. Fesyen ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti pop-punk, gothic-punk, ska-punk dan pelbagai lagi. Elemen yang paling penting ialah rambut mestilah melawan graviti. Pengikut fesyen ini selalunya memakai but dan jaket kulit yang berbutang dan bertampal-tampal. 




Akhir sekali wujudlah fesyen K-pop yang kian meluas dalam kalangan anak muda tanpa mengira negara dan kaum.


p/s: tidak salah untuk berfesyen tetapi perlu ada ilmu tentang caranya dan tahu batasannya. Sekian.


Tuesday, October 28, 2014

Socialize Yaww


Morning,evening or night gaiss according to whatsoever you are in now.I'm a little bit nervous yeah since it was my first post after quite a long time I left this lovely site(ohh so hyperbola!).Never mind,just forget it. Hmm so, I'm gonna talk about something that we always do.Yahh I think maybe everyday,every hours,every minutes and every seconds-wahh I'm so impressed for those who can do this.Hermmaigadd y'all!

Nowadays,there were many social accounts have been created such as Instagram,Twitter,Facebook,Vine,Youtube and so many others which I couldnt listed here.Just bear in your mind brahh.Ppl usually use these sites to share their moments,status and maybe some photos or videos on what happened in their day.It sounds like crazy right? Yeah.That was us.No I mean you except me.Haha.Just kiddin'.From my observations, I think there is some pros and contras that I could potrayed here.



The pros are we can share our progress in our life with all the ppl that we loved (I mean friends LOL). Some of us maybe have lost our contacts and never had a four eyes met for a long time with 'em.By posting pictures,they might able to recognize us when we had a shoulder's pass eventhough we haven't met for 4years,10years or even a 100years.Woww!Ppl always use the Instagram and Facebook as a platform for this hobby.Yahh I can describe this as a hobby bcz some of us really really really(can u see that? triple really) like to share their photos especially at the Insta site.The cons is if we forget to private our 'collections' , we might be exploited bcz ppl nowadays very expert in editting by combining some pictures which result in bad or 18++ pictures.You know what I mean.So be carefull before you sharing yours.

Social chats have also becomes one of the favourite site for youngsters especially to have a conversations with their friends.This is regarding to the saving of money for a 'top-up'.Most of the youngsters have at least one smartphone in their pocket.As we know,we can access to the internet via the smartphone if we got the Wi-Fi or the data.This is easier for us to contact our friends wherever and whenever we wish.It easy right ?
WhatsApp,Wechat,Facebook,Yahoo Mail,Skype are the platform that we are recommended to use.But I prefer WhatsApp than the other social sites.How abt you gaiss?The cons is I dont see the cons here.Hewhew.But I think this will lead to laziness.Can you imagine that we just texting our friends who just sit right next to our room or house? Whuttaa---Damn so lazy man!.So think abt it.