Tuesday, November 11, 2014

#throwback

Belakangan ini, dapat kita perhatikan bahawa anak muda ataupun generasi pada masa kini telah mula menunjukkan minat mereka terhadap fesyen. Namun, tidak semua anak muda yang menunjukkan minat yang tinggi terhadap bidang ini. Ada di antara generasi ini memang minatnya lahir dari dalam diri sendiri. Ada juga yang pada asalnya hanya meniru atau mengikut rakan-rakan mereka dalam berfesyen. Trend yang semakin popular dalam kalangan remaja masa kini ialah K-pop. Ramai anak muda pada mulanya hanya meminati lagu-lagu dan drama-dramanya sahaja. Kemudian, fesyen artis-artis tersebut juga menjadi ikutan dan ada juga yang meletakkan artis-artis tersebut sebagai ikon fesyen. Fesyen adalah salah satu cara bagi suatu kelompok untuk mengidentifikasi dan membentuk dirinya sendiri sebagai suatu kelompok. Terdapat pelbagai cara untuk berfesyen dan ianya melambangkan identiti dan peribadi seseorang individu tersebut. Jika dilihat kepada era peredaran fesyen di dunia, jelas kelihatan bahawa ada fesyen yang dapat bertahan dalam tempoh yang lama kerana fesyen itu mendapat tempat dihati pengikutnya.

Salah satu daripadanya ialah Hippie yang bermula di United States pada tahun 1960-an. 
Perkataan Hippie ini datang daripada perkataan ‘Hip’. Penampilan remaja Hippie ini biasanya berambut panjang, pakaian yang bercorak tekap berwarna-warni. Moto bagi pengikut Hippie ialah cinta dan keamanan. Moto ini wujud ekoran daripada kerajaan United States yang ingin menghantar belia-belia negara itu ke Vietnam untuk berperang dan belia-belia ini menentang sekeras-kerasnya lalu wujudlah fesyen ini. Sesiapa yang menggayakan fesyen ini dianggap menyokong bantahan tersebut.
Wanita berpakaian hippie

Lelakinya pula berpakaian hippie



            Kedua, wujud pula fesyen Retro yang popular dengan seluar kembang dibawah. Bagi perempuan pula, pada kebiasaannya gadis-gadis ini memilih untuk berambut panjang dan mengenakan jaket yang berkilat serta berkaca mata hitam. 




Seterusnya fesyen Grunge yang berasal daripada genre muzik rock bercirikan elemen muzik rock kotor dan permainan gendang yang kuat. Fesyen ini wujud sekitar tahun 1980-an juga di United States. Penampilan pengikut fesyen ini sangat selekeh dan ringkas. 




Kemudian zaman fesyen Punk pula mula menular dalam kalangan masyarakat di dunia termasuklah Malaysia. Fesyen ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti pop-punk, gothic-punk, ska-punk dan pelbagai lagi. Elemen yang paling penting ialah rambut mestilah melawan graviti. Pengikut fesyen ini selalunya memakai but dan jaket kulit yang berbutang dan bertampal-tampal. 




Akhir sekali wujudlah fesyen K-pop yang kian meluas dalam kalangan anak muda tanpa mengira negara dan kaum.


p/s: tidak salah untuk berfesyen tetapi perlu ada ilmu tentang caranya dan tahu batasannya. Sekian.


No comments:

Post a Comment